"I only trust love exist because of you." --- Bersama beberapa paket ubat tergenggam kemas di tangan, Dhia masuk ke dalam perut kereta Hayden. Lelaki yang duduk di tempat pemandu bersebelahan dengannya itu dipandang sekilas seraya tali pinggang keledar dipasangkan pada badannya. Sempat dia angguk kecil kepada lelaki itu menandakan semua urusan mereka di hospital sudah selesai. Bayaran yang dicaj kepadanya seharian bermalaman semalam di hospital semua sudah dilunaskan oleh Hayden. Dia boleh je bayar sendiri tapi dah Hayden berkeras nak bayarkan untuk dia, apa boleh buat. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Lagipun, lelaki itu sendiri yang kata dia bayarkan sebagai tanda permohonan maaf darinya. Tak aman pula hidup kalau dia tolak pelawaan lelaki itu nanti. Lelaki itu juga memasang tali pinggang keledar miliknya sama seperti Dhia. Gear kereta ditolak ke simbol R untuk keluar daripada kotak parkir itu. Dengan penuh cermatnya Hayden keluar dari tempat dia parkir kereta tadi. Sesekali cermin pandang belakang keretanya itu dilihat sekilas untuk melihat pantulan dibelakang kereta. Takut pula kalau ada terlanggar apa-apa. Keluar sahaja dari kotak parkir, lantas pedal minyak itu ditekan. Sekelip mata kereta mewah itu memasuki jalan besar. Nampak saja papan tanda jarak yang memaparkan Kuala Lumpur, Hayden terus masuk lane hujung. Bersedia untuk masuk ke lebuh raya menuju ke Kuala Lumpur. "Semalam saya ada dengar awak meracau," beritahu Hayden memulakan perbualan. Wajah Dhia yang sudah berubah itu dikerling sekilas. Dia terpaksa juga buka topik mengenai hal ini meskipun dia tahu Dhia takkan selesa. Semalam gadis itu bagai dirasuk. Bibir Dhia terkumat-kamit mengulang perkataan sama. 'Ummi, Dhia takut..' 'Jangan apa-apakan Dhia..' Tak lena tidurnya semalaman apabila melihat keadaan gadis itu yang bagai disampuk hantu. Doktor kata demam gadis itu sudah semakin membaik tapi disebabkan kejadian semalam, sebaliknya dia jadi makin bimbang pula dengan keadaan Dhia. Ini sudah masuk kali kedua gadis itu mimpi buruk bila bersama dengannya. Dua kali itu juga Dhia tak henti-henti meracau ayat yang sama. Menyuruh ibunya untuk menyelamatkan dia daripada sesuatu yang mengerikan bagi Dhia. Masakan tidak, berpeluh-peluh muka gadis itu. Tak pernah dia lihat wajah Dhia sepucat itu semalam. "Awak ada apa-apa nak cerita dekat saya ke?" Dhia hanya menekur memandang ke bawah. Jari-jemarinya dimain-mainkan bersama satu sama lain seperti sedang berfikir tentang sesuatu. "Awak nampak ke apa yang jadi semalam?" Soal gadis itu semula. Tidak menjawab soalan yang sebelum ini diutarakan kepada dia. Tak sangka pula waktu tu Hayden masih belum tidur. Dia sempat tilik jam pada waktu itu. Jarum jam jelas menunjukkan baru ke angka tiga. Tak mungkin dia meracau sehingga mengganggu tidur lelaki itu di sofa yang terletak di ruang rehat kut? Hayden hela nafas berat. Dhia nampak teragak-agak untuk beritahunya tentang perkara sebenar disebalik itu. Daripada raut wajah gadis itu pun dia dah dapat mengagak. "Kalau awak tak selesa, saya tak nak paksa. Cukuplah awak tahu kalau awak ada masalah, saya sentiasa ada untuk jadi pendengar setia awak." Ucap Hayden, lembut. kalau Dhia tak nak buka cerita, siapa dia untuk memaksa? Terserah kepada Dhia sama ada gadis itu ingin percayakan dia untuk pegang rahsianya itu atau tidak. "Sorry, saya tak ready lagi nak buka cerita pasal ni." Hayden hanya mengangguk kecil. Dia sudah jangkakan perkara itu akan terjadi. Walau apapun hubungannya dengan gadis itu, dia yakin Dhia masih belum bersedia untuk buka apa-apa cerita yang melibatkan masa lampaunya. Sewaktu dia di rumah keluarganya minggu lepas, dia ada bertanya alasan utama Dhia dan ibunya berpindah sehingga ke luar negara. Bukannya dekat pula tu. Kenapa sampai kena pergi luar negara dan bukannya pindah dalam negara je? Tetapi Puan Atiya pun tiada jawapan untuk soalannya itu. Dia tahu mimpi buruk yang selalu Dhia mimpikan itu ada kena mengena dengan punca Dhia dan ibunya berpindah ke Australia. "Takpe, saya tak paksa pun. Just tell me whenever you ready, okay?" Dhia pandang Hayden yang fokus memandu disebelahnya. Bibirnya tanpa sedar mengukir senyum kecil. Sifat Hayden yang selalu ambil berat tentang dirinya memang tidak pernah hilang sejak mereka kecil lagi. Walaupun sakitnya tidak seteruk mana, lelaki itu pasti akan berada dekat dengannya di kala susah dan senang. . Bertuah betul siapa je isteri dia nanti. "Forget about me for a second. Lupa ke deal yang awak janji dengan saya tu? Ke buat-buat lupa?" Matanya mencerlung memandang lelaki itu. Sengaja dia ubah topik. Tak mahu masalah dia ini menjadi topik utama perbualan mereka sepanjang perjalanan ini. Dia perlu tuntut janji lelaki itu terlebih dulu sebelum Hayden buat-buat hilang ingatan yang kononnya sangat kronik. Padahal semua anggota tubuh lelaki itu sihat belaka. Sebelah tangannya naik menggaru tengkuknya tanpa sebab. Keningnya dijungkitkan sedikit tinggi. Tangannya lagi satu yang sedang memegang steren kereta itu diketuk-ketuk. Nak pura-pura hilang ingatan ke nak bagi jawapan sebenar eh? "Ada ke?" Rambutnya dikuakkan ke belakang. Mulalah tu nak main tipu-helah dengan dia. "Sebelum saya karate awak dalam kereta ni, baik awak beritahu cepat. Kesabaran saya dah menipis ni." Hayden telan air liur sendiri. Lupa pula gadis itu ada tali pinggang hitam dalam karate. Aina ada beritahu dia beberapa hari yang lepas tentang itu. Tak boleh buat main ni. Walaupun kudratnya sebagai lelaki lagi banyak, Dhia ni tak boleh bawa main. Dhia disebelahnya dia pandang dengan senyuman palsu. "Main-main je lah. Saya nak bagitahulah ni tak menyabar betul," Dhia berpeluk tubuh sambil matanya membuang pandangan ke luar tingkap. Lebuh raya menuju ke Kuala Lumpur saat ini sesak betul. Semua orang baru pulang dari kampung lah tu. Lebuh raya menuju ke Melaka tak adalah sesesak ini. Jauh berbeza jumlah kereta diantara kedua-dua jalan bersebelahan ini. Lama lagilah jawabnya mereka akan sampai ke rumah masing-masing. Hayden tarik nafas dalam. Bersedia untuk beritahu gadis itu tentang semuanya. "Waktu saya umur sepuluh tahun, sekolah ada buat school trip. Semua kawan kita pergi. Tapi, malang tak berbau, bas nak ke sana terbabas sebab jalan licin, hujan waktu tu," sisi wajah lelaki itu dia pandang. Lelaki itu tetap paksakan juga senyuman pada bibirnya. Tak sangka dua tahun selepas kepergiaannya ke Australia, kemalangan seperti itu boleh berlaku. "Semua nahas dalam kemalangan tu. Kecuali saya. Sebabkan trauma, otak saya padam semua memori yang berlaku sebelum kejadian tu. Lepas je saya sedar dari koma, mama ceritakan apa yang berlaku tapi saya tak dapat ingat apa-apa pun. Mama cakap saya amnesia. Disebabkan saya trauma dengan apa yang jadi, otak saya padam semua memori sebelum kejadian tu berlaku. Termasuk memori saya pasal awak, Dhia." Sambung lelaki itu lagi. Dhia tekup mulutnya. Menahan dirinya daripada menitiskan air mata. Emosinya bercelaru sekarang. Tak sangka Hayden pun pernah lalui masa-masa sukar selepas kepergiannya. Sangkanya lelaki itu langsung tak kisah pasal dia dah. Sekali pun dia tak pernah terima mesej mahupun panggilan daripada Hayden. Mati-matian dia ingatkan hanya dia seorang saja yang terkesan dengan ketiadaan lelaki itu di sisi. Rupanya lelaki itu lebih teruk. Maknanya lelaki itu tak dapat ingat pasal dia kerana Hayden amnesia kekal. Memori masa kecil Hayden bersama dengan dia semua hilang kerana kemalangan yang menimpa lelaki itu sewaktu dia masih kecil. Seperti cuba menyembunyikan kesedihannya melalui ketawa itu, Hayden ketawa kecil. Jelas mata hitam itu sudah lama menahan satu perasaan yang bercampur-aduk di dalam dirinya saat ini. Buktinya, Hayden langsung tidak menitiskan air mata meskipun dia tahu jauh di sudut hati jejaka itu tersimpan satu memori pahit yang dia sendiri tidak dapat tampung sehingga menyebabkan Hayden disahkan amnesia. "Saya tahu saya salah sebab lupakan pasal awak tapi percayalah. Saya sedang cuba sedaya upaya saya untuk jadi Hayden yang pernah awak kenal dulu. I hope you can wait until that 'Hayden' appears," bersama senyuman kecil di bibir, dia mengusap tengkuknya. Dia jadi malu sendiri bila dengar balik apa dia cakap kepada gadis itu. Dhia tatap wajah Hayden. Tanpa dia sedari bibirnya menghias satu senyuman manis buat lelaki itu. Cuba mencari sepasang mata hitam itu untuk menatap pandangannya kembali walaupun dia tahu Hayden sedang memandu. "No need to wait for old Hayden to appear back. Hayden yang sekarang pun saya dah terima dengan seikhlas hati dah," Pendek sahaja balasan gadis itu tetapi mampu membuatkan jantungnya berdebar kencang mendengarkan balasan dari Dhia. Agak lama mata mereka bertembung sebelum lantas Hayden sedar dan kembali fokus kepada pemanduannya. Sempat dia berdehem kecil tadi untuk menyedarkan gadis itu juga. Tengah feeling-feeling main character, tak pasal-pasal jadi dead character kalau dibiarkan lebih lama tadi. "Oh, ye." Dhia tiba-tiba tepuk tangannya sekali seperti baru teringatkan sesuatu yang penting. Pedal brek kereta empat roda itu ditekan sebaik sahaja lampu isyarat bertukar merah beberapa saat yang lepas. "Saya bukan nak menyibuk tau. Sikit pun saya tak kisah sebenarnya pasal dia tu cuma tu lah. Saja nak tunjuk caring depan awak je. Manalah tahu awak ingat saya ni jenis sombong, tak nak tahu masalah orang lain ke, kaki gossip ke.." " Tanya je lah saya tak makan orang pun," potong Hayden. Nak tunggu Dhia habis bermukadimah memang tak habis soalan dia sampai ke esok pagi lah jawabnya. Lampu isyarat bertujar hijau, kereta itu melintasi laju melepasi lampu isyarat seraya stereng kereta diputarkan membelok ke kanan. Dia perlu hantar Dhia terlebih dulu sebelum pulang ke rumah dia. "Saya nak tanya sebab saya curious je tau bukannya saya jealous ke apa. Cuma pelik je kenapa aunty tak suka dekat dia." Ujar Dhia sambil bermain-main dengan jarinya. Dia tak nak soal straight to the point terus. Takut Hayden fikir yang dia ni jenis yang suka jaga tepi kain orang lain padahal dia sama sekali bukan jenis orang yang macam tu. "Awak cakap pasal Bella ke?" Tebak Hayden. Dhia ada sebut tentang Puan Atiya. Mana ada orang lain yang Puan Atiya tak suka. Hanya Bella seorang je yang mamanya itu sungguh tidak berkenan untuk dipadankan dengan dia. "Haa, yes. Bella nama dia. Dia tu siapa dengan awak? Kenapa aunty macam tak sebulu semacam je." Dagu runcingnya itu diusap-usap lembut. Matanya mengecil sedang memikirkan alasan-alasan yang agak munasabah perpindahan gadis itu menjadi rahsia sehingga hari ini. "She's my fiancèe." Selamba Hayden membalas bersama ekspresi wajah tenang. Langsung tidak menghiraukan wajah Dhia yang sudah terlopong luas sampaikan lalat pun boleh masuk ke dalam sana. Tunang Hayden?!
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (483)
Kurt Justin Ancheta
how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you
16/08/2023
1
LoOl
soos reeds genoem u i eerste wyn drink baie water die eerste keer ll as jy u spesifieke die eerste keer sedert Augustus vanjaar die ijabnJwuyN82-3 toe gaan vir ewig dankbaar as jy u besigheids sakereis en vakansieverblyf is altyd die ijabnJwuyN82-3 toe gaan ey die eerste plek behaal die volgende week die eerste plek behaal die volgende maand die meeste die eerste plek behaal die eerste plek behaal die volgende maand die meeste altesame as loop ll die
how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you
16/08/2023
1soos reeds genoem u i eerste wyn drink baie water die eerste keer ll as jy u spesifieke die eerste keer sedert Augustus vanjaar die ijabnJwuyN82-3 toe gaan vir ewig dankbaar as jy u besigheids sakereis en vakansieverblyf is altyd die ijabnJwuyN82-3 toe gaan ey die eerste plek behaal die volgende week die eerste plek behaal die volgende maand die meeste die eerste plek behaal die eerste plek behaal die volgende maand die meeste altesame as loop ll die
1d
0bye
9d
0View All