Bab 27

Muka Dhia sudah berkerut seribu. Wajah Harraz dihadapannya mahu saja dia telan hidup-hidup dekat sini juga.
"Mana Encik Harraz tahu saya tak datang office sebab sakit? Boleh jadi saya tak datang seminggu sebab ahli keluarga saya ang sakit ke, Tomy yang sakit ke,"
"Tomy?" Harraz jungkitkan keningnya sebelah. Siapa pula Tomy ni? Skandal baru Dhia ke. Tak pernah dengar pun.
"Haah, Tomy. Boyfriend baru saya." Selamba Dhia membalas. Wajah Harraz yang dah berubah serius itu langsung dia tak endahkan. Kisah apa dia wajah Harraz dah mencuka ke tidak.
"You never told me you have boyfriend before." Datar ayat itu diutarakan. Memang jelas wajah Harraz sekarang ini sedang menunjukkan reaksi cemburu. Siapa yang tak cemburu kalau gadis yang selama ini dia kejar dah menjadi milik orang. Walaupun hanya sekadar title 'boyfriend', ia masih dikira sebagai milik orang, kan?
"It's not I never told. You never ask actually." Makin galak Dhia mengusik bos gatalnya itu. Ha.. itulah usik orang lagi. Yang ini biar dia pula yang kena usik. Biar kena kat batang hidung dia pula. Dia usik depan satu pejabat boleh, takkan kita buat tak boleh.
Tempat di hadapan Harraz dia kembali ambil. Kali ini, biar dia yang mengawal keadaan. Bukan main eh tadi.
Pandangan Harraz tajam kepadanya tapi selamba badak dia mengabaikannya. Matanya melilau ke segenap ruang bilik Harraz. Hiasan yang simple tapi masih mengekalkan tema elegan. Langsung tak nampak serabut walaupun di atas meja kerjanya bertimbun dengan timbunan kertas yang dah menggunung. Biasalah, CEO syarikat kan.
"Whatever it is. Saya tak pernah kisah pun kalau awak milik orang." Laju kepala Dhia menoleh melihat wajah Harraz. Riak tenang saja yang terpancar pada wajah jejaka itu.
"As long as not someone's wife, there's still a chance, you know?" Sambung Harraz lagi bersama tawa kecil. Kedua-dua tangannya diangkat membuat gaya 'tak tahu' bersama-sama bahunya diangkat sekali. 
Memang tak makan saman mamat ni!
Belum sempat Dhia ingin membalas, laju Harraz menyambung terlebih dahulu soalan yang tidak sempat dia dengarkan jawapan tadi.
"Back to the main question I asked earlier."
"Soalan yang mana satu tadi?" Dia jadi lupa sebab utama dia diarahkan ke bilik Harraz. Elok-elok nak tanya pasal ketidakhadiran dia ke pejabat selama seminggu je, tiba-tiba masuk cerita pasal Tomy lah, boyfriend dia lah. Macam-macam!
"Kenapa awak lama tak masuk office? Saya tanya Hafiz, katanya awak ada masalah peribadi yang kena settle urgent. Saya tanya satu office, awak pergi mana tapi semua tak tahu. Saya chat awak pun tak dibalas sampai ke hari ni." 
Kepala Dhia digaru. Rasa serba-salah pula abaikan semua orang sepanjang ketiadaannya di pejabat. Satu-satunya orang yang tahu ke mana dia menghilang selama seminggu ini, hanya sepupu kesayangannya tu je. Ibunya sendiri pun tak tahu lagi tentang peristiwa yang jadi minggu lepas. Dia tak nak buat ibunya khawatir sehingga memaksanya pulang semula ke Australia, tinggal semula dengannya.
"Macam yang Encik Hafiz cakap lah. Saya ada masalah sikit nak kena settle minggu lepas. Tak sempat inform sesiapa kecuali Encik Hafiz sebab dia kan admin."
"Masalah peribadi apa yang besar sangat sampai tak sempat bagitahu saya?" Ragu-ragu Dhia ingin memberitahu. Jari-jemarinya dimain-mainkan, langsung tak memandang wajah Harraz. Entah kenapa dia jadi malu untuk menatap wajah lelaki itu.
"Saya ada masalah sikit dengan bapa saya,"
"Pasal bapa awak yang datang pondok bas masa hari Aina tak dapat datang ambil tu?" 
Membulat mata Dhia. Macam mana Harraz tahu? Kepada Encik Hafiz pun dia hanya beritahu ada masalah peribadi je, tak ada langsung mention tentang bapanya.
Ke dia ni..
"Sebelum awak cakap saya stalk awak, atau kata saya gunakan Aina untuk dapat info tentang awak, you are wrong. Aina tak nak beritahu apa-apa info pun walaupun saya dah tanya dia. Dia suruh awak sendiri yang beritahu saya."
"Habis tu?" Makin keliru dia dengan Harraz. Kalau bukan Aina siapa lagi?
"Saya dapat maklumat pon dari papa saya."
"Siapa bapa Encik Harraz?" 
"Dato Erman. Kenal?" Melopong Dhia serta-merta. Mulutnya yang ternganga besar itu dia tutup dengan tangan kanannya. Dato Erman tu ayah kepada Harraz?! Kenapa dia tak diberitahu selama ni? Kenapa tak ada seorang pun yang beritahu Harraz dan Dato Erman berkait?
"Encik Harraz tak pernah beritahu pun dekat saya encik dengan Dato Erman ada kaitan?" Tak sangka dunia ni kecil je rupanya. Macam mana dia boleh tak terfikir Harraz dan Dato Erman dari darah daging yang sama rupanya. Tak pelik lah selama ni dia ingat Harraz dengan Dato Erman memang ada iras-iras sikit.
Tenang Harraz bersandar pada sofa kulit itu. "It's not I never told, you the one who never asked." 
Dhia mencebik. Perli ayat dia tadi lah tu. Cis!
"So, how it is? Dah settle belum? Dah buat report polis?" Cawan kopi di atas meja itu dia capai. Dihirupnya perlahan. Aroma kopi yang memenuhi ruangan pejabatnya itu sungguh menenangkan.
Dhia gelengkan kepala. "Belum."
"Kenapa tak buat report?"
"Sebab walau apa pun yang terjadi, dia tetap ayah saya. Saya tak sampai hati nak sumbat dia dalam lokap sebab anak dia sendiri."
"Tapi dia dah bahayakan awak. Bapa mana yang sanggup bahayakan keselamatan anak dia demi kesenangan sendiri?" Dhia terdiam. Dia mati kata-kata. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Harraz. 
"Seorang bapa sepatutnya ada untuk lindungi anak dia. Kalau dia sendiri yang jadi ancaman kepada anaknya, dekat siapa lagi anaknya boleh bergantung? Haiwan pun reti sayangkan anak dia, Dhia. You should think about yourself first before think about others." Lama dia merenung ke luar memikirkan semula kata kata Harraz sebentar tadi.
Sampai bila dia perlu takut untuk keluar seorang diri? Aina takkan ada selama-lamanya di sisinya untuk jaga dia dari bapa kandungnya sendiri.
"Yang itu nanti saya fikirkan. Encik Harraz tak perlu risau, saya dah besar boleh jaga diri." Harraz tenung lama wajah Dhia, tak lepas. Wajah gadis itu ditilik lama sehingga membuat Dhia tak selesa dengan pandangan tajam Harraz.
"Mulai dari hari ni, awak balik dengan saya je. Bagitahu Aina tak perlu pickup awak setiap hari dah dari office." Membutang mata Dhia mendengar arahan yang keluar dari Harraz. Tangan dia menunjukkan gerakan tak mahu dengan pelawaan Harraz itu. 
"Saya tak nak susahkan.."
"Susahkan saya? Awak tak susahkan saya pun. Ini arahan dari bos besar. Dato Erman sendiri yang arahkan saya untuk hantar awak balik kerja sebab tak nak kejadian sebelum ni berulang."
"Kalau awak nak saya pickup dari rumah awak pun saya sanggup, Dhia. Anything as long as I know you are safe. Saya tak habis menyesal lagi sebab tinggalkan awak hari tu. Takkan awak nak tengok saya menyesal lagi untuk kali kedua?" Lembut suara Harraz menerangkan satu-persatu sebab kenapa perlu dia yang menghantar Dhia. Dari riak wajah lelaki itu pun boleh nampak yang Harraz betul-betul mengharapkan Dhia terima pelawaannya itu, bukan sekadar ajak-ajak ayam saja.
"Tapi, apa pula kata orang office kalau diorang tahu kita balik sekali?" Bimbang gadis itu kalau rakan-rakan sepejabat dapat tahu atau nampak dia dengan Harraz balik sekali. Itu juga salah satu sebab kenapa dia tak tunjukkan yang dia dan Harraz dah kenal sebelum dia masuk kerja lagi. Tak nak ada sebarang gossip tentang mereka. Tapi, Harraz pula yang sengaja nak beritahu orang di pejabat yang mereka sebenarnya rapat.
Harraz mengeluh. "Stop thinking about what others people think, Dhia. Semua orang nak tengok awak selamat je. Selagi saya tak nampak dengan mata kepala saya sendiri yang bapa awak masuk lokap, selagi tu saya tak boleh tenang."
"Please, Dhia Adreanna. Just for once, please accept my offer."

Book Comment (483)

  • avatar
    Kurt Justin Ancheta

    how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you

    16/08/2023

      1
  • avatar
    LoOl

    soos reeds genoem u i eerste wyn drink baie water die eerste keer ll as jy u spesifieke die eerste keer sedert Augustus vanjaar die ijabnJwuyN82-3 toe gaan vir ewig dankbaar as jy u besigheids sakereis en vakansieverblyf is altyd die ijabnJwuyN82-3 toe gaan ey die eerste plek behaal die volgende week die eerste plek behaal die volgende maand die meeste die eerste plek behaal die eerste plek behaal die volgende maand die meeste altesame as loop ll die

    3h

      0
  • avatar
    JudannJennifer

    bye

    8d

      0
  • View All

End

Recommendations for you