✨5✨

Kerja aku sentiasa siap dengan jayanya. Jadi aku sudah tiada kerja. Aku mintak boss balik awal. Dia tak nak kasi! Dia cakap.
" Ingat company ni bapak kamu punya?! Kalau tak disebabkan tu. Dah lama kamu, saya pecat! " Terus aku duduk memuncung dikerusi.
" Kenapa muncung muncung tu.. Nak transform jadi itik ke? " Tegur satu suara. Yang lain tak bukan. Hariz.
" Eh. Tak de lah. Bosan je. " Aku kembali menaip di komputer. Apa yang aku tulis?
A. B. C. D. E. F. G....
" Boleh saya tanya awak dah berapa tahun kat sini? " Tanya Hariz. Aku sebenarnya takut nak bercakap dengan Hariz. Kalau sumpahan tu dapat mangsanya lagi macam mana? Si Hariz ni pula tak pernah dengar pasal aku ke?
" A.. A.. Dah lama dah. 6 tahun dah. " Jawap aku lambat lambat. Hariz mengangguk.
" Oh.. Kalau macam tu.. Betul lah kat sini ada ramai orang mati? " Aku terdiam. Lelaki ni tak tahu?
" Eem.. " Itu sahaja yang aku dapat katakan.
" Erm? Okey.. Saya tak nak push.. Tapi saya nak mintak kerjasama dari awak. " Dahi aku dah berkerut. Cara dia bercakap macam polis pon ada. Aku melihat Hariz mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Ah! Betul aku kata. Dia polis. Tanpa kata apa apa dia menyimpan balik.
" Jadi. Boleh awak tolong saya? " Pintanya. Aku berfikir sejenak. Belum sempat dia siasat. Dia pula yang akan disiasat untuk mencari siapa pembunuhnya.
" Ma.. Maaf. Saya tak dapat tolong. Saya nak awak pergi. Jangan cakap dengan saya lagi. Ini untuk kebaikan awak sendiri." Hariz hanya mengangguk dan berlalu pergi. Senang betul nak cakap. Bukan macam Amin.
Alamak.. Teringat Amin lah pula..
" Bila lah kau nak balik..? " Aku bertanya pada diri sendiri. Baru 3 hari lelaki itu tiada. 3 hari tu juga langkah aku tidak diekori. Adakah ini semua angkara Amin?
Ting!
Komputer aku berkedip kedip menandakan ada notis yang masuk.
Pembunuhan ngeri. Satu keluarga mati dibunuh.
Eh.. Ni berita yang aku nak baca tu tapi lupa. Macam mana pula boleh orang hantar dekat aku?
Tetikus aku tekan.
19 Ogos 2004- Pembunuhan ngeri satu keluarga mati dibunuh. Mangsa mangsa dipotong sehingga tidak dapat dikenal pasti. Tetapi beberapa saudara mangsa dapat mengecam kesemuanya. Mangsa yang terdiri dari ayah. Ibu. Abang. Adik perempuan dan seorang bibik.
Mohd Firdaus bin Ahmad Idham ( 35), Che Siti Hartinah binti mohd Ali (30), Mohd hanif Aiman bin Mohd Firdaus (17), Che Siti Hannah Anissa binti Mohd Firdaus (13) dan Fartini Sunti(25).
Mangsa mangsa ditemui mati di tempat yang berasingan. Pihak polis mengatakan kejadian ini disebabkan dendam kerana pembunuh meninggal kan pesan menggunakan darah mangsa.
" Aku akan ambik. Hak aku! "
Pihak polis masih berusaha untuk memberkas lelaki ini.
" Lelaki ini tidak patut berkeliaran dan sewajarnya dihukum. " Kata salah seorang saudara mangsa.
Selebihnya gambar. Aku tak dapat nak lihat. Aku seperti pernah lihat. Berita ini masih panjang tetapi aku tak dapat nak teruskan membaca. Kepala aku rasa berdenyut.
Tiba tiba aku dapat mendengar suara teriakan. Jeritan.
" Argh!! " Aku menjerit perlahan. Namun tiada siapa yang peduli. Kepala aku semakin berat dan pening. Sebelum aku tak sedarkan diri. Aku sempat melihat seseorang datang ke arah aku.
✨❤✨
Sayup sayup suara ngiawan kucing. Amin menggeletek kucing itu sampai kene cakar. Dia menjauhkan diri.
Amin bangun. Lelaki itu menghirup udara di balkoni. Tanpa dia sedar aku memerhatinya.
" Argh!! Serabutnya! " Tiba tiba lelaki itu menjerit.
" Mana kau ha?! " Aku tak tahu Amin bercakap dengan siapa.
Aku lihat Amin masuk balik ke dalam bilik aku. Dia duduk dikerusi. Aku mendengar nada dering lagu Justin bieber. Phone Amin lah tu.
" Hello? " Sapa Amin. Selalunya Amin akan buka speaker phonenya biar satu dunia dengar. Kali ni tidak.
Aku nak dengar!
" Baik.. Sir. " Wajah Amin aku cuba baca. Sekejap terkejut. Sekejap tenang. Dia bercakap dengan siapa ha?? Tiba tiba Amin menoleh kearah aku.
" Ye.. I Love You three" Aku menutup mata. Cih. Dengan siapa lagi kan. Ergh. Ingat kan ada yang penting.
Amin dah tak bercakap. Aku hanya mendengar derap kakinya masuk kedalam bilik air. Aku intai lagi. Kemudian keluar. Amin macam pegang sesuatu.
" Aku.. Serabut! Aku dah tak tahan! " Aku cuba mencerna. Lelaki itu depress? Dan dia guna cara self harm?! Dengan terburu buru aku bangun menuju kearah Amin. Menghalang perbuatannya.
" Eh. Kau dah bangun? " Tanya Amin bersahaja.
" Apa yang kau buat ni?? " Marah aku. Pencukur ditangannya aku baling keluar. Tak kisah lah kene sape.
" Aku.. " Amin tak berkata apa apa. Aku menyuruhnya dia duduk. Air masak aku hulurkan.
" Terima kasih.. " Aku menunggu gelas dipulangkan.
" Boleh kau cerita. Kenapa kau jadi macam ni? " Tanya aku. Amin seorang yang Happy go Lucky. Jadi aku memang tak sangka dia juga terkena depression.
" Aku.. Aku mintak maaf.. " Amin meminta maaf. Aku menarik nafas.
" Hey.. Kenapa kau tak cerita dekat aku? Kita kan kawan? " Aku tak sangka Amin boleh sorokkan hal ni dari aku. Selama ni kita ni apa? Stranger??
Aku ingin sahaja menghambur kata kata yang aku tahan. Tetapi keadaan lelaki ini masih belum stabil. Depression is not joke.
" Aku tak nak kau serabut.. Dulu pon kau pernah juga depress kan.. Aku tak nak lah beban kan kau.. " Aku rasa tidak adil. Ketika aku depress. Dia ada dengan aku. Sekarang bila dia depress. Kenapa aku tak boleh ada dengan dia? Tolong dia??
" Sekurang-kurangnya bagitau lah aku! Aku boleh tolong.. " Aku betul betul risau. Kesan torehan ditangannya bukan sedikit. Mesti sudah bertahun tahun lelaki itu depress.
" Apa yang kau boleh tolong kalau aku bagitau? " Aku mati kata. Apa je yang aku boleh tolong?
" Ta.. Tapi bagitau lah aku. Aku nak sentiasa ada disisi kau Amin! Kau kawan aku! " Kata aku setelah seketika berdiam diri. Amin hanya tertawa sinis.
" Percayalah.. Aku tak nak kau rasa terbeban. Kau nak sentiasa disisi aku? Aku tak halang. " Aku rasa geram. Aku betul betul tak boleh nak hadap orang yang depression. Bagi orang biasa. Mereka rasa orang depression ego. Tapi bagi orang yang depression. Dia tak nak orang lain terbeban.
" Aku.. "
" Shu.. Kau baru sedar kan? Sorry lah. Aku janji tak buat dah. Kau citer lah. Kenapa kau boleh tak sedarkan diri? Tengok aku. Kawan yang baik kan. Sanggup balik nak jaga kau. " Amin tertawa kecil dengan pujian nya.
" Haha.. Entah lah. Aku tak ingat. Nanti aku ingat aku citer. " Amin hanya tersenyum nipis memandang aku.
" Kau sambung lah rehat. Doktor cakap kau tak cukup tidur. " Kata Amin.
" Oh? Ha. Betul lah tu. " Aku terus panjat katil
" Sweet night"
" Sweet dream. "
✨❤✨
Tbc..

Book Comment (457)

  • avatar
    Arrliyshaashykn

    best cerita yang sanggat tidak terduga banyak sanggat plot twist and paling terkejut bila tahu sebenarnya hana tu sedang koma

    10/01/2022

      16
  • avatar
    Nabilafarahdya

    best bca cite ni ..nk ii lagi bila baca plot twist dia yg amin Tu sbnya bodyguard dia and lgi satu plot twist pasal yg hana Tu sbnya koma

    1d

      0
  • avatar
    AbubakarRukayya

    nice

    7d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters