Aneh. Hari ini langkah aku tidak diikuti. Dan hari ini baru sehari Amin tiada. Aku bukan nak buruk sangka tapi.. Ni semua Amin punca kan!?? Aku menghempas beg bimbit aku ke atas katil. Rasa penat dihilangkan dengan berendam didalam bilik air. Hari itu terasa penat yang amat. Jadi aku terlena awal. ✨❤✨ Banglo yang mempunyai halaman yang luas dihiasi dengan tanam tanaman. Playground mini dan kolam. Aku terasa pelik. Aku kat mana? Rumah sape ni.? Nampak macam rumah aku dalam mimpi. " Hana!! Sudah lah tu bermain nya. . Masuk rumah ni! " Panggil seseorang. Aku yang terasa dipanggil pergi kearah si pemanggil. Sebelum aku sedar ada kanak kanak kecil berlari dihadapan aku sambil tertawa kecil. " Okey mama! " Budak perempuan tu panggil seseorang itu mama. Mak dia lah kan? Aku yang baru sedar bahawa aku bukan orang yang dipanggil menahan malu. Tiba tiba muncul perasaan pelik. Aku sudah berdiri dihadapan wanita itu. Tetapi wanita itu kelihatan seperti tidak melihat aku. " Bagi aku semua!! Semuanya hak aku!! " Aku terkejut. Keadaan sekeliling aku berubah. Dinding dinding disimbah warna merah. Namun terdapat bau hanyir dari warna merah itu. " Sabar.. Tenang.. Malim.." Seorang lelaki berbaju putih dan seorang lelaki berbaju hitam. Lelaki berbaju hitam memegang pisau dan dia sedang menjerit jerit meminta hak nya. " Bagi aku!! " Aku blur. Tak tahu nak buat apa. Seolah aku berada didalam Cinema. Jap. Mana Popcorn aku? " Papa!! " Terkejut aku. Budak perempuan tu lagi. Tapi kelihatan budak perempuan itu semakin remaja. Lelaki yang berbaju hitam itu terus meletakkan pisau di leher lelaki berbaju putih sebelum lelaki itu dapat mengelak. Tanpa rasa bersalah atau berdosa. Pisau itu telah menarik nyawa lelaki berbaju putih itu. Bajunya yang putih sudah diwarnakan dengan darahnya sendiri. Badan kaku lelaki itu kemudiannya dipotong potong. Aku rasa nak muntah. Usus. Tulang. Isi kulit manusia. Semua aku nampak. Aku nak cuba alihkan mata aku. Badan aku. Tetapi badan aku macam kene gam. Aku tak dapat bergerak. Lelaki berbaju hitam itu bangun. Dia ketawa kuat. Ketawanya bergema di ruang banglo itu. Topeng mukanya yang ada tompokan darah dibuka lalu dibuang ke atas lantai. Lutut aku menggeletar. Lelaki itu memandang tajam kearah aku. Badan aku menggigil. Masih tak percaya apa yang aku lihat. Amin?! ✨❤✨ " Arghhh!!!! " Aku memandang sekeliling. Warna dinding berwarna kelabu aku pandang. Aku di bilik aku. Badan aku berpeluh. Seketika aku tercengang. Aku mimpi apa tadi? Semuanya kabur. Aku menggelengkan kepala aku. Aku masih mimpi kan unicorn. Phone aku berdering. Incoming call- Mamat complicated. Talian bersambung " Hello? " Aku menunggu balasan dari Amin. " Ya! Kau telefon aku tapi tak nak cakap apa apa! Aku tutup juga nanti! Aku dah lah mengantuk ni! " Aku marah dengan suara perlahan. Menunggu Amin untuk bersuara. Namun tiada. Aku mula naik hantu. " Amin! " Panggil aku. Bunyi batuk menjadi balasan. " Hehehe.. Sorry.. Lupa pula kat sana malam. Mimpi aku tak.? " Suara Amin tiba tiba sahaja membuat hati aku lega pada malam tu. Soalan Amin aku tidak hiraukan. Aku tak dapat ingat apa yang aku mimpi tadi. " Kenapa lama sangat. Aku bosan lah. Dhia tu keja makan je!! Patutlah gemuk! " Dhia, kucing Parsi aku mengiaw. Marah lah tu aku kutuk dia. " Haha.. Rindu aku lah tuh.. Kan kannn" Aku memusingkan biji mata. " Memang tak lah!! " Aku rindu kau, Ngok!! " Haha.. Ada orang tak mengaku.. Tak pe.. Pasal seminggu tu. Maybe akan jadi 2 minggu. Tengok hal aku macam mana. Kalau kau cakap I miss you kat aku. Lusa aku balik. Hehehe.. " Aku memandang phone aku. Ingat aku heran.? " Malas aku nak layan. Kau tak payah balik terus pon tak pe.. Tak de siapa perlukan kau pon.. Werkk " Aku ni lah. Dia dah jauh pon aku still nak gaduh ngan dia. Ini aku rasa pertama kali kami berjauhan. Aku memang tak suka perasaan ini. Tok Tok. " Eh. Kejap. Ada orang datang rumah " Aku bingkas bangun. " Ada orang datang?!! " Amin menjerit dibalik corong telefon cemas. " Ya. Jangan lah jerit. Orang datang rumah je. Bukan orang gila. " Aku menuju ke pintu. " Kau tu yang gila! Woi! Sape datang rumah pukul 3:30 pagi ni!" Aku berhenti melangkah. Ada benar juga kata kata pemuda ini. Aku menyedari sesuatu. Langsir balkoni aku menunjukan bayang bayang. " Amin.. " Suara aku mula nak hilang. " Kenapa?? " Amin berada di sebelah sana mula kelam kabut. " Ada orang dekat balkoni aku...." Aku betul betul nak nangis. Aku takut. Pelbagai bayangan disebabkan dari cerita cerita hantu yang aku selalu baca mempengaruhi otak aku. " Tingkat 2?? Shit!! Duduk bawah katil sekarang!! " Arah Amin. Aku menggelengkan laju. Amin bukan boleh lihat pon. Tapi aku tak kan duduk bawah tu! Dia tak tahu ke selalu hantu menyorok bawah tu!? " T.. Tak nak...! " Aku membangkang takut takut. " Go!! Menyorok sekarang!! " Kaki aku tak bergerak. Otak dan hati aku dua dua degil. Pintu balkoni aku tatap dengan mata yang berair. Tombol pintu dipulas. Aku dah kunci pintu. Percayalah.! " Hello!! Hey!! Jawap aku! Menyorok sekarang!! " Suara Amin aku menghiraukan. Phone juga sudah jatuh kelantai. Bunyi tapak kaki memenuhi bilik aku. To.. Topeng tu!!! " Beri hak aku! " Jerit lelaki itu. Terasa seperti Deja vu. Aku rasa seperti pernah lalui. " Aku tak tahu hak kau!! " Aku balas balik dengan separuh menjerit. Aku sudah menjerit kuat kuat pada pagi itu jadi suara aku hilang sedikit. " Jadi. Pergi mati. " Badan aku seolah keras. Aku tak dapat kawal badan aku sehingga aku dapat rasakan nyilu dibahagian perut aku. Aku terbaring lemah. Phone yang tidak jauh dari aku cuba dicapai. Sebelum Phone pemberian Amin itu hancur dipijak. Aku sudah tiada harapan. Aku mendongak dengan susah payah. Lelaki itu membuka topengnya. Nafas aku semakin tersekat sekat. Aku cuba menyebut namanya. A... M.. I... ✨❤✨ " Ha?!! " Aku bangun dengan badan berpeluh. Nanti.. Semua ni hanya mimpi?? Aku tergelak kecil. Mimpi pon takut ke?? Tanpa aku tahu. Mimpi ngeri aku akan muncul. ✨✨ Tbc.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (457)
Arrliyshaashykn
best cerita yang sanggat tidak terduga banyak sanggat plot twist and paling
terkejut bila tahu sebenarnya hana tu sedang koma
10/01/2022
16
Nabilafarahdya
best bca cite ni ..nk ii lagi bila baca plot twist dia yg amin Tu sbnya bodyguard dia and lgi satu plot twist pasal yg hana Tu sbnya koma
best cerita yang sanggat tidak terduga banyak sanggat plot twist and paling terkejut bila tahu sebenarnya hana tu sedang koma
10/01/2022
16best bca cite ni ..nk ii lagi bila baca plot twist dia yg amin Tu sbnya bodyguard dia and lgi satu plot twist pasal yg hana Tu sbnya koma
1d
0nice
7d
0View All