Homepage/Dia Lelaki Complicated/
✨14✨
"Bila besar nanti kita kawin tau! Ana nak jadi isteri Minmin!" Kata seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 5 tahun itu. Aku yang berada dibelakangnya tergelak kecil namun nampaknya kanak-kanak itu tidak menyedari kehadiran aku.
Amboi.. Gatalnya.. Anak siapa lah ni..
Aku masih tergelak lucu. Comel betul. Aku dan Ana menunggu budak lelaki yang dipanggil Minmin itu membalas.
" Hm? Isteri tu apa? " Tanya Minmin naif. Terus aku tergelak kuat. Eyy!! Comelnya!
Aku pandang budak bernama Ana itu. Jelas wajahnya berkerut untuk memikirkan apa maksud isteri tersebut.
" Isteri tu macam.. Erm.. " Ana terbata bata. Tiada jawapan untuk soalan Minmin. Minmin memandang Ana dengan kepala senget sedikit. Mulutnya terdapat lolipop.
" Minmin nak jadi pelindung Ana. Jadi Ana kena jadi isteri Minmin bila besar nanti dan Minmin sebagai suami akan lindung Ana dari raksasa! Janji!? " Aku melompat lompat dibelakang mereka berdua. Asal comel sangat ni??! Mereka berdua membuat pinky promise manakala Aku memandang mereka berdua sambil tersenyum kemudian mereka berdua berlalu pergi.
Aku tercengang bila aku tersedar sesuatu. Minmin?
"Maya? " Muncul satu suara.
"...... Maya...... " Aku tersedar. Ruangan bilik yang cukup asing buat aku.
" ...... Dia....... Maya... " Suara yang tenggelam timbul masuk kedalam pendengaran aku. Aku cuba mendengarnya lagi. Apa yang aku yakin. Ada suara Amin tengah bercakap dengan seseorang. Nama Maya meniti dibibir Amin. Maya yang aku jumpa tadi ke?
" ..... Jangan bagi dia terlepas.... " Suara satu lagi bersuara. Aku terkejut. Aku sudah faham sekarang. Amin adalah pembunuh upahan lelaki ni! Tapi.. Kenapa pula?
Tiba tiba pintu terbuka dan aku tidak sempat untuk berpura Pura tidur. Wajah Amin yang tersenyum lembut membuat aku berdebar. Perasaan ini lagi! Dia berjalan perlahan lahan kearah aku.
" Kau dah bangun. Jom balik. Flight kita dah tak lama. " Kata Amin. Ah.. Betul lah. Kitorang nak balik hari ni. Lelaki tua dibelakang Amin memandang aku semacam membuatkan aku meneguk liur dan menunduk.
" Kau boleh jalan tak? " Tanya Amin risau. Aku yang masih rasa tidak selesa dengan pandangan lelaki tua itu hanya dapat mengangguk. Suara aku tak berani nak keluar buat masa sekarang.
" Okey. Jom. " Selepas kami bersalaman dengan beberapa orang yang aku tidak sempat berkenalan dan aku juga pelik kenapa seorang wanita menangis ketika memeluk aku. Muka aku ni nampak sedih sangat ke?
Tanpa suara didalam kereta Amin memandu kereta dengan tenang menuju ke lapangan terbang.
Aku menghenyakkan badan aku keatas kerusi kapal terbang. Aku takut sebenarnya nak balik. Kejadian tembak menembak itu masih bermain di kepala. Macam mana kalau aku jejak kan kaki dekat Malaysia then.. Bang!
Aku meremang. Takut ni!! Aku perasan yang Amin memandang aku dengan dahi yang berkerut.
" Hey? You okey? " Tanya Amin. Aku hanya mengangguk lagi. Renungan matanya membuat aku cair seketika.
" Haip! Jangan pandang macam tu! Cover sikit kau punya gatal." Kata Amin dengan selambanya. Aku pon dengan selambanya tampar lengan dia.
" Ey! Mana ada aku gatal! Mata kau ada sesuatu tadi. " Aku memberi alasan untuk menutup keterlanjuran perlakuan aku.
" Kau dari kecik memang dah gatal. " Aku memandang Amin dengan mata membulat. Terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Amin.
" Apa dia? " Aku meminta kepastian. Takut aku yang salah dengar.
" Tak de apa. " Belakang lehernya digosok. Sah! Ada sesuatu yang disoroknya.Aku baru sahaja ingin bertanya padanya namun Amin jatuh tertidur. Kesian lah pulak. Aku pon duduk membatu ditempat duduk.
Aku sudah mula mengantuk setelah beberapa jam didalam kapal terbang ketika bahu aku ditepuk lalu terperanjat melihat kehadiran Maya.
" Auntie? " Tanya aku spontan.
Maya memberikan senyuman manis sebelum memberikan aku kadnya.
" Bila kita kat Malaysia nanti. Hana Call auntie. Banyak yang auntie nak cerita. Memandangkan.. " Maya menarik nafas sebelum menyambung ayatnya. Kad yang tertera nama Maya dicapai.
"Hana hilang ingatan." Aku membeleknya sekejap. Kata kata Maya membuat aku tercengang. Hilang ingatan!? Macam mana?
" Auntie? " Panggil aku dan mendongak untuk melihat tiada siapa yang berdiri disebelah aku. Aik? Mana perginya auntie Maya? Aku baru sahaja ingin bangun tetapi Amin menarik baju aku menghalang pergerakan aku.
" Nak pergi mana? " Tanya Amin dengan suara khas orang baru bangun tidur. Aku baru sahaja ingin menjawap soalan Amin sebelum kapten kapal terbang membuat pengumuman yang mereka akan mendarat dan diminta untuk duduk dikerusi masing masing. Hasrat aku untuk mencari auntie Maya terbatal.
Sampai sahaja di Malaysia. Aku langsung tidak dapat mencari Maya jadi aku hanya pulang dengan harapan hari lain aku akan berjumpa dengannya.
Sebelum masuk kedalam rumah, Amin menarik aku untuk menghalang aku masuk. Aku dengan wajah penat bertanya dengan gerakan kepala.
" Aku nak cakap sikit.. " Pegangannya dilepaskan dan aku berdiri menunggu Amin bersuara. Aku sudah bersilang tangan namun Amin masih lagi tidak berbicara. Aku naik hantu.
" Dah lah! Aku penat! Esok lah cakap. Dah malam ni. " Aku menarik bag aku dan sekali lagi Amin menghalang. Aku menahan nafas geram.
" Benda ni penting! "
"Then cakap lah! "
" Dah cakap dah! "
"Apa dia?! "
"Benda ni penting! " Amin masuk kedalam rumah meninggalkan aku yang tak faham apa apa. Setelah beberapa detik berlalu dan aku masih tercegat di pintu pagar baru Aku faham lalu dengan spontan menyepak pagar besi dengan sekuat hati. Melepaskan geram aku.
" Weh! " Panggil Amin yang kembali keluar berdiri dimuka pintu. Aku memandangnya dengan pandangan membunuh.
" I lobe you!! " Amin tersenyum lalu masuk kedalam rumah. Sekali lagi meninggalkan aku yang sedang mengawal detak jantung aku.
Tak guna lah Amin ni!!
Aku masuk kedalam rumah dengan senyuman yang aku tak sedar terpasang di wajah aku.
✨❤✨
Aku berdiri di meja Cafe. Menunggu kehadiran seseorang.
" Sorry! Dah lama ke tunggu? " Tanyanya. Aku meminta dia duduk sebelum aku berkata.
" Tak lama pon.. Dalam 3 jam macam tu.. " Kata aku dengan senyuman senget. Jelas aku memperlinya.
" Hehe.. Patutlah gelas banyak. Ingat jumpa orang lain tadi. " Aku memandang Hariz serius. Hariz memandang aku kembali dengan kening terangkat sebelah.
" Sorry.. Pasal Amin tu.. Saya tak dapat nak tolong.. " Kata aku perlahan namun cukup untuk Hariz mendengarnya. Hariz mendiamkan diri sebelum dia tersenyum.
"Hmmm.. Tak pe.. Tapi.. Disebabkan.. " Hariz tak dapat meneruskan kata katanya kerana seseorang menyapa kami dan aku sangat mengenali suaranya. Sebelum aku dapat berkata apa apa. Seolah dalam sekelip mata aku ditarik keluar dari Cafe oleh Hariz. Untung tiada apa yang tertinggal.
" Awak ni kenapa??! " Tanya aku cepat sebelum Hariz dapat berkata kata. Dia memandang sekeliling dan dia menarik kami masuk ke celah celah kedai seperti menyorok. Hariz tidak menjawap soalan aku jadi aku bertanya sekali lagi.
" Pompuan tu bahaya! Dia yang ... " Wajah Hariz ditundukkan dengan tangannya menutup mulutnya.
" Dia apa?? " Tanya aku. Aku rasa Hariz salah orang ni.. Maya tu Mak sedara aku.
" Ah. Hello? Ah! Okey.. Okey.. Saya kesana sekarang. Baik tuan!" Hariz bercakap cakap dengan phonenya. Jelas sekali dia mengelak untuk menjawap soalan aku.
" Hey! Jawap lah!! " Aku membentak bila Hariz menarik aku entah kemana. Hariz akhirnya berhenti. Dia menoleh untuk menghadap aku dan dengan tiba tiba aku merasakan sakit di leher aku sebelum aku tidak sedarkan diri.
✨❤✨
Tbc.. Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (456)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
best cerita yang sanggat tidak terduga banyak sanggat plot twist and paling terkejut bila tahu sebenarnya hana tu sedang koma
10/01/2022
16nice
5d
0semoga maju jaya
21d
0View All