Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 48
Nizam masih senyap membisu.Apa yang difikirnya terlalu lama.Putra memerhatikan riak wajahnya.Matanya asyik memandang ke bawah.
Karma baginya,Nizam dengan perlahan melutut depan Putra dengan perasaan kesalnya.Putra sekadar melihat gerak gerinya.
"Maafkan saya...Putra...."
Putra cuba mengalihkan pandangan ke arah lain.Dia tidak sanggup melihatnya.Apakah Nizam juga mengaku kalah dengan Putra?
"Saya...minta maaf..Saya tak tahu apa yang dah jadi pada ayah saya..Saya minta maaf..."
Jelas di wajahnya betapa kesalnya dia mempercayai ayahnya dan mempersendakan Putra sebelum ini.Dari kecil lagi sikapnya juga sama seperti ayahnya yang suka merendahkan orang.Putra masih tidak memandangnya.
"Awak cuba nak minta maaf bagi pihak ayah awak kah?"
Putra mulai bersuara sebelum memandang Nizam.Dia mengeluh.
"Saya boleh maafkan awak..Tapi tidak bagi ayah awak.."
Nizam terdiam tanpa memandang langsung wajah Putra.Dia berasa sangat malu.
"Saya tak nak awak macam ni.Bangun sekarang.."
Putra agak tegas.Nizam dengan perlahan juga bangun menghadap Putra.
"Awak tahu tak?Bukan awak sasaran saya,buat apa awak nak minta maaf pada saya..Saya nak ayah awak yang minta maaf pada saya.Sebab dia adalah sasaran saya.Bukan awak.."
Nizam pantas memandang Putra.Mata menatap antara satu sama lain.
"Saya tahu..kita ni bukan sepupu kandung.Sebab mak dan ayah kita dari darah yang lain.Atuk saya kahwin dengan perempuan lain.Tanpa sedar,ayah saya jadi taruhan sebab ayah awak nak bolot harta tu semua.Sebab apa?Ayah awak..dan mak kepada Maisarah adalah bukan pakcik makcik kandung saya..Sebab itulah kamu semua pinggirkan saya."
Nizam berasa bersalah.Dia baru menyedari bahawa Putra lah selayaknya mendapatkan semuanya.
"Lupakan saja semua kesilapan awak pada saya..Sebab semuanya dah berlalu.Tapi hari ni,ayah awak berdegil.Saya takkan jatuh lagi macam ayah saya.."
Putra bertekad.Nizam masih memandangnya.
"Kenapa..kenapa awak layan saya dengan baik..Bukan kah saya dah buat banyak kesilapan dengan awak?"
"Sebab awak..keluarga saya.Walaupun mak ayah kita bukan adik beradik kandung..tapi kita masih lagi keluarga.Lagipun,kamu saja satu-satunya keluarga saya sekarang.."
Nizam tertunduk diam lagi.Putra menepuk bahunya tanda dia cuba ikhlaskan sahaja kesilapan Nizam.Putra tersenyum.
"Kalau awak ada apa-apa,jumpalah dengan saya.."
"Putra..kalau awak memerlukan pertolongan..saya akan tolong awak.."
Urusan peribadi antara lelaki akhirnya selesai.Nizam tersenyum puas walaupun dia masih berasa sedikit bersalah.Suasana yang janggal tadi berubah menjadi tenang dan ceria.Mereka saling memahami.Sejak dari situ,Nizam berjanji pada dirinya untuk berubah menjadi lebih baik.
***
Maisarah berasa sedikit kecewa apabila mendapat tahu bahawa Redzuan adalah Putra yang sebenarnya.Dia memandang siling sambil terbaring di atas katil.
"Saya...tak sangka pula dia orangnya..."
Katanya separuh berbisik.Dia tidak terfikir langsung mengenainya.Dan malah segala cerita mengenai Putra yang dibawa pergi ke luar negara juga adalah cerita palsu.
Tapi lebih mengecewakan adalah Maisarah mulai jatuh cinta dengan Putra pada masa itu.Dia sedar Putra telah banyak membantunya walaupun dia belum sedar akan identiti sebenarnya.
"Rasanya..saya dah hilang akal.Dia buat semua tu untuk saya sebagai sepupu dia ja..Saya dah salah sangka."
Bila difikirkan semula,Putra banyak membela dirinya selain memberikan teguran.Bermula daripada seorang lelaki berusia yang dimarahinya di depan syarikat.Sifat Putra yang berani telah melintasi fikirannya.
Namun,apa yang dilakukan oleh Putra adalah tepat.Maisarah sepenuh berubah menjadi lebih baik kerana Putra banyak menyedarkan dia selama ini.Dia tiba-tiba tersenyum.Dia pasti akan ingat jasa Putra selamanya.
***
Danish dan setiausaha Putra rancak berbual di luar bilik pejabat Putra.Mereka semakin rapat.Disebabkan Putra membawa Danish bekerja bersama di syarikat itu,dia kini dapat kawan yang baru.
Masa yang sama,Zetty datang untuk berjumpa dengan Putra.Mereka bertembung di luar.
"Pakcik.."
Danish segera datang ke arah Zetty.Pertama kali baginya Danish dipanggil begitu oleh anak majikannya selain Putra.
"Oh Cik Zetty..Kenapa datang ke sini?"
"Ini bilik..Putra kah?"
Zetty berkata sambil menuding jari ke arah pintu bilik itu.
"Ya,cik nak jumpa dia kah?"
Zetty memandang Danish.Melihat raut wajahnya,Zetty seperti ingin berjumpa dengan Putra.
Tanpa berlengah,Danish pun membukakan pintu untuk Zetty masuk.Putra segera memandang ke arah mereka.
"Encik,Cik Zetty nak jumpa."
"Zetty.."
Kata Putra segera berdiri dari kerusi putarnya.Mata mereka bertembung lama.
***
Zetty menghirup perlahan air kopi dalam cawan.Mereka berdua duduk bersemuka di sofa dalam bilik itu.Masing-masing membisu.
"Macam mana dengan mak awak?Dia dah baik kah?"
Putra memulakan perbualan.Zetty memandang wajah Putra.
"Ya.."
"Baguslah.."
Perbualan mereka agak kekok.Suasana kembali sunyi.Masing-masing tidak tahu berkata apa.
"Ahm..Putra.."
"Ya?"
"Saya...dah dengar semuanya pasal awak.Maafkan saya..sebab tak faham apa yang awak rasa.Dan juga bagi pihak ayah saya."
Adik kepada Nizam juga berasa bersalah.Putra sekadar tertunduk diam.
"Awak..tak perlulah nak bersikap formal dengan saya..Lagipun,awak memang baik dengan saya..Cukuplah sekadar awak masih berkawan dengan saya."
Zetty sedikit lega.Namun rasa bersalah masih belum hilang.Sama seperti perasaan Nizam.
"Jadi,awak..masih nak balas dendam kat ayah saya kah?"
Tersentak sedikit Putra.Dia memandang wajah Zetty dengan senyuman hambar.
"Sebenarnya..saya hanya nak bongkarkan kebenarannya.Cerita hidup saya..dah agak lama sampai 21 tahun.Selama ni,dunia belum tahu lagi keadaan sebenar keluarga kita.Inilah masanya untuk saya bina 'istana' saya."
Zetty mendengar dengan teliti.Dia memahami secara mendalam sebabnya.
"Mungkin awak akan membenci saya sedikit..sebab dia adalah ayah kandung awak.Saya faham sangat tu.."
"Apa yang awak buat tu..memang satu keputusan yang bagus.."
Putra berkerut dahi.Apa maksudnya?
"Ayah saya...kena sedar dari kesilapannya.Dia juga mesti tebus apa yang dia dah buat pada ayah awak..Saya sendiri pun..tak tahu kenapa ayah saya macam tu..Ayah saya..dah jadi orang lain."
Putra sekali lagi tertunduk.Perasaannya bercampur-baur.Zetty memahami dirinya.
"Saya nak ayah saya..tebus kesilapannya pada awak.Saya akan tolong awak.."
Putra ditambah seorang lagi perwira dalam hidupnya.Hatinya terbuka luas untuk menerima.
"Macam mana..awak nak tolong saya?"
Putra berminat ingin tahu.Zetty mulai memikirkan sesuatu.Kali ini,Zetty juga bekerjasama dengan Putra.Zamri mungkin agak tipis untuk menang kali ini.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (879)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
besttt sangat
1d
0good🥰
8d
0hipo
12d
0View All