Homepage/Jodoh dari langit/
bab tujuh belas
Tidak lama kemudian haris pun pulang ke rumah. Dia melihat Qaisara sedang menonton televisyen sambil makan kuaci.
Tiba tiba dia terlihat pada dinding ada tertampal sesuatu jadi tanpa membuang masa dia terus membaca.
"10 peraturan dalam rumah ni
kena balik sebelum maghrib
wajib makan sama sama
tidur sama sama
jaga perasaan orang lain
nak ke mana mana bagitau satu sama lain
cakap baik baik
bertolak ansur
jangan tinggi suara
rajin bantu membantu
tiada rahsia
*Jika tak mahu ikut arahan saya Qaisara akan jejak kaki keluar dari rumah ini terus."
"Awak apa ni peraturan?" Kata Haris
"Kan dah besar takkan tak reti nak baca kot? Saya harap awak dapat ikut 10 peraturan tak kalau nak hubungan kita ini tahan lama." Kata qaisara
"Jap tiada rahsia. Peraturan ni termasuk awak kan. Awak pun tak boleh ada rahsia dalam hubungan kita." Kata Haris
"Yup termasuk saya. Ohh ya. Saya lupa nak tulis. Jangan larang saya jumpa siapa sahaja yang saya mahu begitu juga dengan awak. Saya takkan halang siapa sahaja yang awak mahu berjumpa." Kata Qaisara
Haris pun angguk kepala. Tibalah hari hujung minggu, qaisara tak benarkan haris keluar rumah malah Haris disuruh untuk bantu nya mengemas rumah dan masak bersama sama.
Pada hari itu juga Haris berasa sudah mula sayang kepada Qaisara. Sayang lebih dari seorang kawan.
Selepas penat mereka pun makan bersama sama.
"Macam mana encik Haris buat kerja rumah hari ini? Penat?" Kata qaisara
"Hehe penat lah juga. Oh ya awak dah bagitau ke papa yang saya tak masuk kerja." Kata Haris
"Dah. Saya cakap awak tolong saya kemas rumah dan masak." Kata qaisara
"Okey lah. Pertama kali tau saya kemas rumah ni. Biasanya bibik yang buat. Macam mana eh perempuan boleh buat semua ni." Kata Haris
"Kami dah biasa. Cuba awak biasakan tolong saya lama lama awak terbiasa lah hahhaha." Kata qaisara
Lalu mereka berdua pun sambung makan semula. Selepas itu mereka pun solat berjemaah dan mengaji bersama sama juga pada hari itu.
Tiba tiba telefon Haris berbunyi dia lihat abang Faiz menelefon nya.
"Hello abang. Ada apa telefon Haris ini. Jap ye sara abang saya telefon." Kata Haris
"Macam mana adik dengan Qaisara? Abang dengar macam dah gembira je." Kata abang Faiz
"Bolehlah. Haris rasa Haris dah mula sayangkan dia lah abang." Kata Haris
"Alhamdulillah baguslah kalau macam tu. Boleh lah tu kamu lupakan Nini. Fokus sahaja pada isteri kamu." Kata abang Faiz
"Yang tu Haris tiada jawapan. Haris masih sayangkan dia lah abang." Kata Haris
"Ingat kena jaga perasaan isteri." Kata abang Faiz
Hari demi hari sudah berjalan mereka tekad untuk ke rumah mama dan papa qaisara.
"Ya Allah rindunya dekat semua." Kata qaisara sambil memeluk kak Natasya
"Haris Qaisara duduklah." Kata mama
"Berapa bulan dah kandungan kak Natasya ni." Tanya Haris
"Sebulan lebih dah. Alhamdulillah." Kata kak Natasya
"Sabar lah ye Haris tak lama lagi mungkin rezeki kamu berdua pula nak dapat zuriat tunggu je tau. Rezeki dari Allah takkan terlalu lambat atau terlalu cepat kamu sabar je." Kata papa
"Betul tu Haris. Abang percaya tak lama lagi dapatlah kamu berdua zuriat." Kata abang Said
"Terima kasih abang dan akak doakan qaisara. Qaisara pun harap juga dapat zuriat." Kata qaisara
Selepas itu mereka makan bersama sama keluarga qaisara. Mereka juga solat berjemaah beramai ramai satu keluarga besar.
Keesokan harinya, mereka rancang untuk ke rumah papa dan mama Haris pula.
Mereka datang dengan niat untuk tidur semalaman di sana. Mereka berbual bersama sama.
"Mama. Papa. Qaisara nak cakap." Kata qaisara
"Cakap je lah qaisara. Nak cakap apa. Tak payah minta izin pun tak mengapa." Kata mama
"Qaisara harap mama dan papa sabar menunggu kedatangan zuriat dari benih kami berdua." Kata qaisara dengan suara yang sebak
Mama terus berdiri dan peluk Qaisara
"Ya Allah qaisara. Janganlah sedih sayang. Mama dan papa fahamlah. Kamu baru sebulan lebih kawin." Kata mama sambil mengusap qaisara
"Betul kata mama tu Qaisara. Kami faham lah. Rezeki tu datang dari Allah bukannya kita yang minta. Insyaallah kalau Allah takdirkan kamu dapat zuriat bila bila mama dapatlah." Kata papa
"Entah awak ni sejak balik dari rumah mama awak semalam asyik nangis pasal zuriat je. Saya pun tak kisah." Kata Haris
"Tapi saya kisah. Haris. Buatnya saya tak boleh mengandung saya hanya nak cakap saya benarkan sahaja awak kawin dengan siapa siapa." Kata qaisara
Haris terkedu. Dalam masa yang sama tiba tiba telefon Haris berbunyi bila dilihat Nini yang menelefon. Tapi Haris tidak menjawab panggilan itu.
Haris buat pertama kalinya peluk Qaisara di hadapan mama dan papanya.
Pada malam itu mereka tidur di rumah mama dan papa qaisara.
"Awak saya nak kata. Apa yang saya katakan depan mama dan papa tadi betul." Kata qaisara
"Maksud sara yang mana satu? Pasal mengandung tu ke. Qaisara kerja kita hanya doa sahaja pada Allah." Kata Haris
"Saya takut saya tak boleh mengandung. Buatnya saya tak boleh mengandung saya benarkan awak kawin dengan Nini. Mungkin dengan Nini awak dapat zuriat kan." Kata qaisara
"Apa awak ni? Dah jom solat sama sama lepas ni nak tidur pula." Kata Haris
Qaisara mengelap air mata dan pergi mengambil wudhuk. Mereka pun solat berjemaah.
Keesokan harinya, haris pergi bertemu dengan Nini. Manakala mama Haris pula keluar bersama sama qaisara.
"Sayang ada apa nak jumpa dengan I ni." kata Nini
"I nak putus." Kata Haris
"Ha? Kenapa tiba tiba je?" Kata Nini
"I rasa I dah mula jatuh hati pada Qaisara dan sekarang dia perlukan tumpuan dari I. I kena jaga dia. " Kata Haris
"Habis tu I? Kenapa perempuan tu sakit teruk sangat ke?" Kata Nini
"Apapun yang berlaku. I rasa sudah tiba masanya untuk I jaga dia." Kata Haris
Dalam masa yang sama mama Haris dan qaisraa sedang membeli belah. Tiba tiba terlihat Haris sedang berbual dengan Nini di kedai makan dalam pasar raya.
Tanpa membuang masa mama terus menarik tangan qaisara.
"Apa ni Haris?" Kata mama dari belakang
"Eh mama?" Kata Haris terkejut
"Aunty." Kata Nini
Parkk!!! Bunyi tamparan kuat dari tangan mama Haris kena di atas muka Nini
"Apa ni aunty. Sakitlah!" Kata Nini
"Woi perempuan kau ni tak tahu malu ke eh. Kau tahu kan dia ni suami orang yang kau terhegeh hegeh nak kan dia tu apahal." Kata mama Haris
"Dah lah mama jom lah balik malu orang tengok." Kata qaisara
"Betul kata Qaisara tu mama balik lah malu orang tengok." Kata Haris
"Diam! Kamu Haris siaplah kamu selepas mama bagitau papa balik nanti." Kata mama
Qaisara pun mengheret tangan mama Haris masuk ke dalam kereta.
"Dah lama ke mereka bercinta lagi. Mama ingat kan mereka berdua sudah putus rupanya masih lagi tidak." Kata mama
"Kalau mama nak tahu ye. Mereka berdua kekal bercinta walaupun sudah kawin. Qaisara redha." Kata qaisara
"Apa maksud kamu qaisara? Takkan kamu tiada langsung perasaan cemburu apabila melihat semua kamu keluar dengan perempuan lain?" Kata mama Haris
"Qaisara tak mampu buat apa apa mama. Syurga Qaisara bawah telapak kaki dia. Walau bagaimanapun qaisara kena hormat dia." Kata qaisara
"Kamu ni boleh tak jangan jadi perempuan yang lembik. Siaplah dia esok masa pergi ke pejabat. Mama suruh papa ajar dia cukup cukup." Kata mama
Selepas menghantar mama Qaisara pun pulang ke rumahnya sendiri. Dia pun serabut dia takut Haris akan salah kan dia kerana bertembung di situ.
Haris pergi ke pantai. Dia sangat serabut dengan apa yang terjadi.
ISHHH! Kau ni bodoh lah Haris!
Apabila Haris pulang Qaisara terus berpura pura untuk tidur. Apabila Haris masuk ke bilik dia melihat isterinya sudah tidur. Dia terus solat dan tidur di sebelah qaisara.
Esok pagi dia lihat makan pagi sudah tersedia tapi Qaisara tiada. Dia pun makan pagi seorang diri. Selepas itu barulah dia gerak ke tempat kerja.
"Haris papa suruh masuk bilik dia pagi ni. Kamu ada buat apa apa kes ke?" Kata abang Faiz
"Eh mana ada. Jap Haris ke bilik papa." Kata Haris
"Okey. Abang pergi dahulu." Kata abang Faiz
Haris membaca "Bismillah" Sebelum menjejak kaki ke dalam bilik papanya. Apabila dia masuk terus penampar dari papanya terkena di mukanya. Parkk!
"Aduh!" Kata Haris
"Sakit kan. Macam tu lah sakitnya hati papa apabila tahu kamu masih lagi ada hubungan dengan perempuan murah tu." Kata papa Haris
"Papa, Haris boleh terangkan. Semalam kami sudah putus pun." Kata Haris
"Baru nak putus. Sebulan lebih kamu berkahwin. Kamu tak kesian ke dekat isteri kamu yang menangis nak dapat zuriat untuk gembira kan kamu
Malah kamu boleh pula dating dengan perempuan lain. Suami jenis apa kamu ni." Kata papa haris
"Papa yang paksa Haris kawin. Haris tak pernah cinta pun dekat qaisara tu. Haris buat semua ni sebab papa je. Bukan sebab Haris sayangkan dia." Kata Haris
"Sejak kamu bercinta dengan perempuan tu kamu dah pandai melawan cakap papa ye sekarang. Kamu keluar! Ingat kalau Qaisara sakit hati maka papa juga sakit hati dengan perangai kamu. Jika Qaisara sedih papa juga sedih." Kata papa
Haris tunduk dan keluar. Tanpa sedar abang Faiz mendengar penyenggaraan di antara papa dan Haris.
"Apa ni haris? Tahu tak berdosa melawan cakap orang tua sendiri." Kata abang Faiz
"Haris tak dapat tahan abang. Semua orang asyik nak kongkong hidup Haris je. Haris ni tak layak cari kebahagiaan sendiri ke." Kata harisDownload Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (184)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Jalan cerita menarik dan mudah difahami...
31/08/2022
0permulaan yg best..xsabar habiskan baca
27/08/2022
4good
9d
0View All